Assalamualaykum, Ramadhan tiba lagi tahun ni dengan penuh kesyukuran. Alhamdullilah Allah memperkenankan kita untuk bernafas lagi di dlm bulan yang penuh keberkatan ini...
Apa rencana kita di bulan mulia ini...apakah kita sudah menyesali perbuatan yang pernah kita lakukan dulu...nah dibulan inilah kita harus rebut peluang yang Allah berikan kerana keberkatan dan kemulian Ramadhan menjanjikan seribu satu kenikmatan yang akan kita nikmati di dunia hingga ke akhirat. Insyallah
my life, my reality
Sunday, 31 July 2011
Saturday, 23 July 2011
Belanja perkahwinan melebihi kemampuan....
Adakah satu bebanan kepada bakal pengantin lelaki jika pihak perempuan mengenakan belanja dan bayaran hantaran yang terlalu tinggi yang dirasakan kurang munasabah dan tidak mampu diadakan oleh pihak lelaki....dunia realiti masyarakat melayu sekarang. Alasan dunia dah moden, dunia dah berubah, harga pasaran barang2 dah naik dan paling menarik, harga petroleum mentah dan gas asli dunia berubah juga dijadikan alasan. Tidak kurang hebatnya, alasan tidak mahu kalah dengan jiran2 dan saudara mara yang telah mengahwinkan anak2 mereka terlebih dahulu dan kalau boleh ingin mengatasi jumlah hantaran dan belanja kahwin. Realistik berbuat demikian? Adakah kebahagiaan anak2 kita yang kita dampakan apabila mereka kahwin kelak atau kita lebih pentingkan nama, kedudukan, rating , chart , anak siapa paling mahal belanja kahwinnya..Terdetik di hati, melihat anak2 muda lelaki sekarang yang lambat kahwin sebab mungkin masalah inilah...
Subscribe to:
Posts (Atom)